wahai remaja yg bergelar ISLAM.......
mengapa jadi begini...??? huhh...
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
Maksudnya: "Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya." (HR al-Bukhari dan Muslim)
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
hmm...,kenapa manusia mempunyai sifat-sifat syaitan atau perosak? Oleh kerana dalam dirinya tidak ada agama, spritual dan tidak takut kepada azab ALLAH. Kalau dalam dirinya tidak ada agama, maka Syaitan dengan mudah pengaruhi jiwa fikiran dan hatinya.
kerana itulah ALLAH memberikan petunjuk atau keterangan untuk mencegah perbuatan Syaitan dengan selalu berzikir atau ingat kepada ALLAH. Dengan mengingat ALLAH maka Syaitan itu akan menjauh dari dirinya.
bila di siasat ala2 edisi siasat..,sebab2 dan alasannye adalah...,
Maklumat Pada 24 Mac 2011:
Seorang gadis cuba membunuh diri di kb mall. gadis tersebut cuba bunuh diri akibat terlanjur dengan teman lelaki, dan ditinggalkan lelaki idamannya. Wallahu alam hanya Allah yang tahu apa puncanya.
Maklumat Terbaru 25 Mac 2011:
Maklumat Terbaru 25 Mac 2011:
Gadis remaja ini memberitahu di hospital, dia tertekan dengan kehidupan. Ayahnya telah meninggal dunia. Ibunya kahwin lain dan kini dia tinggal bersama bapa tiri di mana dia sering didera. Niatnya hendak sambung belajar pun dihalang oleh bapa tirinya. Wallahu alam.
Apapun sebab dan alasannya, yang pasti perbuatan bunuh diri itu adalah perbuatan kufur pada nikmat Allah. Ia termasuk dalam kategori dosa besar yang sukar mendapat keampunan dari Allah (jika mati).
saya juga kasihan dgn maher zain,susah payah dia nyanyi lagu insyaallah dalam versi melayu..,tapi tak de sape pun cuba nak selami apa yg cuba disampaikan melalui lirik tersebut..
Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة ) R.A. katanya:
أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
*sekadar mengingatkan serta renungan bersama*


