Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini bloG si eHa besh.. agak2 ade tersaLah masuk?

assalamualaikum n hye to all :)...




SEARCHFOREHA is where u can find or get to know me, Eha



4 ur info, this is my private blog which may contains lot of hype and sometimes harsh words depends on my moods



i dont need any reader however those who wud like to drop by are always welcome :)



this is my point of view's zone.to continue reading, just BEAR WITH ME! hahaha.. enjoy!~



ENJOY!




-ehabesh-


Sunday, July 31, 2011

r u ready for Ramadhan?





ahlan ya Ramadhan
bulan suci yang penuh keberkatan
beribadatlah semaximum boleh seperti ini Ramadhan kamu yang terkhir
maafkan segala salah n silap

Thursday, July 28, 2011

hey!!



ape perasaan korang bila, kawan2 korang sndiri salah anggap dengan korang, tp korang x tahu camne nak explain?Link

salah aku juge sebab buat entry bangang ni..


entry tersebut dibuat ntah kenapa aku mulia sangat nk tunjuk macam aku salah sebab putus kan dengan ex aku dulu.. semacam aku ada org lain. semacam wujudnya seorang perampas yang merosakkan satu hubungan lah bukan? sbb aku nk jaga nama baik dia lah punya pasal kononnya.



macam mana aku nk bgtahu diorang yang hubungan yang rasminya berakhir pada Mei 2010 tu mmg dh hancur pn sebelum2nya? macam mana aku nk bgtahu yang kami masing2 dh lama tak ada hati? cinta ke namanya kalau siang sayang, malam, tengking aku depan kawan2 dia. cinta ke kalau bila ditegur kluar dr pg smpai lewat malam dengan rakan2 yang bekerja sebagai gigolo, akan dapat hamburan seperti "sape kau ni? bini aku ke?sukatilah aku nk buat apa,ape hak kau nk suruh aku itu ini?". cinta ke namanya kalau setiap kali berjanji, asek lupa? kalau mengaku xpe, ni siap kata ntah ngan sape aku janji. kalau sekali dua mungkinlah aku keliru ntah dengan sape aku janji kan.. tp kalau dh setiap kali... mmg melampau ni. x menipu x bole? cinta ke bila kol pg, sibuk. kol tgh hari,sibuk. kol ptg,gi lawat kilang. kol pas maghrib sibuk sembang ngan kawan, smpai aku tertido dan terjaga tgh malam, kol lg tgh mancing. apekah? aku kata jangan kerja jauh degil, dah jauh takda masa. ada masa pn sibuk isi dengan benda lain. aku dh berambus bru kau nk terhegeh2 baca blog aku yang dulu aku buat untuk kau baca sbb kau jauh... tp kau x baca. aku suruh bukak facebook supaya kita masing2 tahu hal masing2, kau taknak.. bila aku ckp aku kawan dengan J dr fb baru kau nk tehegeh2 bukak fb.. dulu kata bz bz bz bz.. sebenarnya boleh je buat, siap aktif lagi pastu... jd kau pikir lah... kau dengan aku tu atas dasar cinta ke? orang kata nak seribu daya, tapi kau mmg taknak. kau kata aku kekasih kau tapi kau x TAKNAK amik tahu hal aku. bila aku tegur apsal duit kau tiap bulan habes, kau kata aku mata duitan. dan hidup dengan aku senang je, bg duit je. kan. ingat benda pertama kau tanya aku pasal J bila aku ckp aku suka dia? "dia ade kereta ke". tanya dengan muka sinis. 4 tahun ape yang kau tahu pasal aku? mata duitan? J xtahu pun kewujudan kau dalam hidup aku. dia mangsa keadaan. kau janganlah salahkan dia. aku dan kau sama2 salah. aku tahu aku pn x sabar dn suka marah2.. tp series aku kata, sebelum kau kawen, SILA BERUBAH PERANGAI. baran dan suka menipu dan x boleh ditegur tu ubahlah. sebab tulah aku pergi. ingat x dulu kau asek menipu, aku pnah kata "kalau betul awak lupa sy maafkan, tp kalau sengaja x mengaku, sy doa semoga satu hari nnti tuhan temukan sy dengan seorang lelaki yang baik dan saya akan tinggalkan awak tanpa rasa bersalah". kau cuma nk ade sorang pmpuan dalam hidup kau.. yang patuh dengan kau tapi kau x amik tahu die ok ke, sakit ke, bahagia ke.. kalau J xde pn aku ttp akan pergi. nmpak macam kehadirannya dalam waktu yang salah. tpi siapa tahu ketentuan tuhan.


aku marah. kalau kau rasa bila org lain tanya pasal kita, dan kau jawab dengan "dah xde jodoh, die pn dh ade org lain" tu sebagai jawapan yang selamat, mmg kau silap!!


drpada dulu kau mmg xreti nk jaga nama orang lain kan. yang pnting kau selamat, kau dh bahagia kan? syabas!



maaflah, kau pn tahu kalau aku marah macam mana, aku menyampah dengan org lain yang suka judge2 ni.. menyampah juga dengan kau yang asek rasa diri sendiri betul. tp kau jangan risaulah... blog ni kawan2 kau x baca. sekadar meluah rasa. agak kau sedar.

Monday, July 25, 2011

luv kimchi :)




lagi 6 hari nk kerja tmpat baru.


lagi lebih kurang 6 hari Ramadhan bakal mnjelma. 2 minggu kebelakangan yang memenatkan dan agak huru hara. minggu lepas kerja malam. malam2 yang tiada mood. smpailah malam terakhir. mnjadi ceria. kekasih datang teman smbil siapkan album kami :)


bertungkus lumus. berjaya menyiapkan 12 pages. TQ :)


macam biasa. si eHa ni mesti mahu inteprem juga. hahaha..



paginya bfast nasi lemak dengan Mr.M. otw balik, macam biasa, perut aku dh memulas2 dah... mmg pikir, balik ni mahu lekas2 masuk jamban. dear jamban, be ready!.. tp masa aku lalu dekat pondok guard, aku x sedap hati nmpak ada notis berbunyi bertulis, SYABAS KUNCI AIR dan sekian2.. (pnjang notisnya, mana aku nk hingat).naik rumah tengok air kering kontang.. adelah dalam suku baldi! Arhhhhhhhh!!


nota kaki: perut aku tgh memulas


maka, pandai2 lah nk hidup! hahahaha..



pg tu juga, aku kena pergi amik roadtax yang dh siap dekat glenmeri. habis sudah masa selamba ya ya bawak kereta tanpa roadtax selama 3 hari! yeayy!! hehehe.. pergi glenmeri tanpa mandi tapi masih wangi sbb curah minyak wangi. jumlah bayaran ade lah sebanyak RM607+80+10= Rm 697.. murah! tahun lepas kena dekat seribu, ntahlah aku pn x tahu camna dorang kira.


balik dr perodua, aku pn terpk2 nk mandi dekat masjid mana (dh bawak brg2 mandi sume).. tetiba teringat akan rakan2 sebaya dan tak sebaya dekat TTDI maka, zassssss!!


siap lepak sana smpai 2 hari smpai adek saya mengepos ini dekat fb ...

HAHAHA.. ngamuk adek aku sbb aku angkut sekali ubat gigi, shower gel dan syampu. hahaha



shah alam. rindu betul dengan kawan2. Tp dapat jumpa Kak Di dan Ema saje. biasalah kalau dh masuk rumah tingkat 3 dekat Ilham apartment ni. tetiba magic akan terasa macam dekat korea.


Kak Di sangat baik. sebaik2 kawan aku kira. xpernah berkira dan akan sntiasa lebihkan kawan2 dari diri sndiri. dia sediakan towel dan pakaian salinan. dan lunch (part saya suka yeayy!!). pasangkan WGM goguma couple yang aku x habes tengok itu hari. lepastu pasangkan cerita best..


..Lie To Me..
sedih gila dan asek menangis smpai pening kepala. x tengok smpai habes! Arrrr!!


lepastu, Kak Di bg saya makan ini..


kimchi!!! banyak gila okay dia buat. berbekas2 dlm fridge!
kimchi adelah best gila!. XD



mlm baru pulang ke rumah. rindu bau rumah yang plain ni. dan yang penting, rindu adek2 saya! :) rindu nak bahan dan kutuk dorang. rindu nk berebut air..



eh, AIR??


arrhhhh, SYABAS, sila lah buka kunci air. apsal kau bongok sangat kunci masa nk dekat puasa ni! arrrrrrrr!!!!



harini nk g mandi katne ek?



Thursday, July 21, 2011

aku dan kerja-ya

okay, tahu benda basi.



mungkin ada yang masih tak tahu atau dengan kata kasarnya, ketinggalan zaman pasal aku yang akan bertukar kerja ke tempan lain. huh.. kau ni.. dah namanya baca blog aku, maka haruslah tahu sedikit sebanyak pasal aku bukan?


hari itu, pada sekian sekian haribulan (sumpah x ingat), aku telah mghantar resume ke... Pantai.. dengan harapan.. er.. sebnarnya xde mengharap sangat memandangkan aku sudah hepi kerja di tempat sekarang. tapi sebab ramai yang mintak, maka, saya tak mahu ketinggalan. interview berjalan dengan biasa2 aje..inteviewer 2 orang chinese yg beperwatakan okay, dan aku telah diinterview di Glen (xmahu sebut nama, kau klik je sana okay). balik2 lab, rupenya ade 2 budak department aku yg g interview gak.. and those two tu senior gak sikit dr aku.. maka saya pn; baiklah, x dapat, yeayy!!


tp tup2 alhamdulillah, rezki tuhan bg, aku dapat kerja tu. tak tahu nak kata perasaan. hepi? takut? sedih?



happy :D --> sbb mmg aim aku nk kerja dekat hospital based punye lab. sbb? less work bermakna boleh fokus.. tau apa kita buat dan boleh belajar secara 100%..xdelah kerja lari sana sini semacam sejenis machine saje. bila Dr kol, blur, xtahu menatang apa yg sedang dibuat, tahu menda tu siap je. orang kata, scientist hanya pada nama.
Link


takut :S --> nak compare, Glen bukanlah sebuah company yg besar, sebesar Grib (tmpat kerja sekarang). tapi, dekat Grib, kalau Dr kol, dorang akan kol ke Call Centre (CC) dulu, then CC akan tanya, kita, "k.fareha, theres a call from Dr. polan polan from polan Medical Centre regarding this 1 surface antigen result"..... dn biasanya, aku akan jawab "can u pls transfer the call to mohan or Rosli?" (bos2 gua.. hahahaha) atau "can u pls inform the Dr to call back on Monday, coz bos n the seniors not here la today" (kalau sabtu ahad...hahahaha) TP byk kali gak ade CC yang mangkuk ayun trus tranxfer je call to Scientist, maka, terpaksalah juge goreng2.. eh, okay, sebelum bertambah melalut, itu cerita ni Grib, di mana, bukan laa terlalu selalu kena cakap ngan Dr. tapi, di Glen.. xde dah CC bagai sume, Dr straight call to Scientist (name pn hosp) n worst, Dr naik lab siap bawak smple sbb nk cepat.. n kau tahulah Glen, mmg tmpat orang2 kaya, menteri2 admit.most of their clients are chinese n very fussy... maka, Dr2 kat sana gak.. (also majority chinese) sangat2 cerewet n x bole sabar. even, staff die pn majority chinese... wah! mmg menakutkan!



sedih :'( --> sbb im in love with Mr M, eh!! silap. im in love with Grib. kerja dekat sini sangat best n flexible. bayangkan 2 tahun dekat sini, masa beshday aku, aku apply day off.. hehehehe.. n sbb shif, dan bole tukar2 ngan manusia2 lain kalau ade hal ke ape.. working environment yang sangat best. yang paling pnting... aku disayangi di sini.. hak hak hak..



sebnarnya byk pro n cons... rakan2 sebaya dan x sebaya ramai yang suruh pk masak2.. sbb ramai staf Grib yang belah, ahkirnya kembali ke Grib sbb kata xde tmpat yg ley lawan ke'besh'an Grib, lalu, aku pn pikir laa juge..



Grib
hanya duduk dekat Biochem Department saja. sudah sangat selesa dekat sini, pressure tetap ada, tp dh baik dengan semua rakan kerja, bos suka saya (hehehe), bole cuti sesuka hati dan boleh kerja ikut waktu yang diingini. kerja 5 hari seminggu. break stengah jam tp boleh curik2 masa bila takde smple, masih smpat untuk makan n solat. kalau x smple banyak, mmg x payah lah makan, atau makan secara laju2.. kalau makan nasik tu, kunyah sekali dua je atau telan terus nasib x mati nauzubillah.. kalau ckp pasal kos g kerja, mmg kos sbb umah bukan dekat ngan tmpat kerja. kalau Dr. maki, kena maki dalam tepon saja, dia maki aku ttp telinga smbil buat muka..peduli apa. hahaha..paling pnting, Mr.M ada kat sini! insurans cover diri sndiri saja, no special treat for any occasion.gaji biasa2 saje, increment ok lah juge, untuk jangka masa pnjang, bolehlah nk idup. gaji meningkat bila kerja public holiday (standard aa.. tmpat lain sume cmtu)



Glen
sini kena rotate semua department. dtg sana hilang seniority. boleh angkat kepala hanya masa masuk biochem saje sbb aku sorang je yg tau pasal track system dekat sana... (dorang bru install benda ni, di mana aku dh 3tahun handle benda ni). kerja 6 stengah hari (sbtu half day), kerja office hour maka sangat terkongkong. akan ada beberapa hari kena on call.. kalau x silap, oncall dia 24hrs (mmg mmpus aa gua) tp ada bilik tuk org on call. bos x tentu suka saya lg, tp dengarnya (dr engineer) bos die very nice, maka sejuk sikit hati saya. break adelah sejam, aku pule masuk bulan puasa.. dengan masih belum ada kawan, mmg xtaulaa ape nk buat dn nk g mana sejam tersebut.. huhu harap surau dia selesa tuk tidur baca quran.. kalau kena maki dengan Dr, mmg kena maki depan2. Mr.M takda..sob sobs.. insurans cover the whole family (suka part ni), then pas 5 tahun kerja, boleh cuti bergaji selama 42hari untuk menunaikan haji (woow!). oleh sebab Glen skang dh diambil alih oleh KHA (hampir ngan nama sebenar), maka, staff dilayan seperti staff gov juge.. (loan senang lulus n 100% loan blabla.. ape yg staff gov dapat aa). CEO kate dorang tgh nk buat kerja 5hari seminggu dan tengah fight untuk dapat kola mcm staff gov juge.. (yeayyy) . Gaji lepas confirm mmg adelah wow! tp dengar kata sebelum KHA take over gaji n allowances lg tinggi.. tp sbb dh under gov, die kurangkan lg.. ceh.. eh! alhamdulillah.. xpelah rezki memasing..




orang melayu tua2 kata (yang muda x kata apa) ikut hati, mati.


tp dulu ustaz saya kata, GERAK HATI TU DATANGNYA DR ALLAH..



ade seminggu lebih saje sebelum kerja di tempat baru, walaupn rasa takut semacam, dan wpun nmpak macam mata duitan semacam je amik offer ni.. tp niat saya sume ni untuk keluarga. sy yakin tuhan sentiasa bersama saya.



alhamdulillah atas rezeki yang x disangka2 menjelang Ramadhan ini ya Razzaq... :)


kamu semua, doakan saya okay! :)

Friday, July 15, 2011

our 1st anniversary!!~ :))) (part2)

WARNING: entry pnjang beserta gambar mnjengkelkan bagi sesetengah pihak. sekian




sementara aku thaw encik ciken, baik aku update blog sbb xmau kalah dengan macik daia hahaha

kelmarin, angkara malas masak, aku perdaya adik2 aku makan roti dengan alasan.. roti tu dh nk expired, cepat makan. semalam juga, angara malas masak, aku pegi beli soto 3 bungkus=RM 11.50.. padahal dengan harga tu aku boleh masak macaroni udang satu kuali. ish2 bazir makan lua ni. lagi2 mnjelang tengah bulan.. hehe.. harini, kalau aku suruh adek2 aku makan roti lagi semacam kasihan pule. maka, menu ini hari adelah, chicken macaroni!! yeayy!! hohh.. kedengaran hebat bukan? hahaha.. engkau jangan terpedaya sangat. aku masak secara cincai sahaje di mana, aku cmpak semua, macaroni rebus, sup cendawan campbel dan encik ayam dlm satu kuali, SIAP! hahahaha.. sebagai perasa aku berniat meletakkan lada hitam atau cheese atau krim.. tp malangnya ketiga2 bahan tersebut semacam dh ghaib je dr peti ais... hmmm


maka, mari belasah je! yeayy hepi~ hepi~



okay, selingan.


memandangkan Mr.M dah tanya, "mana part2?".. maka, sementara aku tengah ada kelapangan ni.. aku update sikit pasal tu.. :))



Kekasihku Jalaluddin Musa (part2)


nah, senang maraton gambar je okay! hehehe..




(by the time post gamba ni.. macaroni pn dh siap, hahaha..)
07072011
gamba 1: @ foodcourt carrefour puchong perdana
gamba 2: makan takoyaki + cendol

on the day itself x banyak yang kami buat, melainkan duduk sembang mengenangkan ape yang dah jadi dalam masa setahun ni, aku kira, setahun ni adelah proses berkenalan bg kami :) but it was a sweet day though.. :)



(okay, aku smbung type entry setelah beberapa hari -hari ini adelah 19/7/11 pukul 434am)
td aku sudah tido tp terjaga masa adik aku pulang.. teman dia makan. (Mr.M bekalkan lauk kenduri sebeban. tenkiu manje!) maka sekarang aku terkebil2 depan pc.. n tetiba teringat.. "eh, aritu x update blog lg!" hehe



08072011
hari ini pergi hantar pika n piko pegi banting.. their new home :)
gambar 1 : Ms pika (right) n Ms piko
gambar 2 : on the way to Mr.M's house

terus terang aku memang impressd gila dengan rumah Mr.M (it was my 1st time dtg umah dia). seorang bujang yang duduk sorang2 di rumah yang besar gila. tp rumah tersebut adelah sangat kemas n bersih.. !! err.. nk compare dengan rumah saya..... (nyorok blakang dapo-prasan muat) hehehe..

kalau nk tahu, aku melepak dekat banting smpai pg besoknya angkara roadblock bersih itu hari sobs sobs.. (roadblock tu 12jam okay! jem gila!)

maka, pagi2 dengan selebetnya pegi bfast dekat s.alam.... (cuba teka, aku mandi ke x? hahaha)


09072011
@Khulafa (kalau x silap) sek 20, s.alam
maafkanla gambar gedik si eHa tu.. masa ni dia ngantuk gila, bole kata x tdo kot mlm tu! huhu
masa aku tgh serabai2 pakai shawl mcm ni.. (shawl semalam) Mr.M kata aku nmpak sesuai sangat pakai macam tu.. maka.. lepas tu mmg online shopping shawl laa!! hahahaha (si eha ni mmg pntang kena puji dengan kekasih..kahkah)

err.. sbnanya mmg sesuai ke? hmm..




11072011
haa.. kan aku dh pakai mcm tu :p :p :p hehehe..
@ioi mall, puchong


@secret recipe ioi mall..
menu: choc larva cake, prawn macaroni with cheese n herbs (aku punya yang akhirnya Mr.M yang makan) blackpepper chicken wif rice (Mr.M punya yang akhirnya aku yg makan) n iced coffee err..something to do wif white choc.. hahahah nama2 menu xberapa ingat maka belasah saje.. ;p

kenyang gila smpai x larat nk solat isyak.. teruk betul.. huhu

dan kemudian kami menonton cerita yang besh ini :D

lawak plus sweet gila. pergi dload cepat! XD




14072011
@kfc sec14, petaling jaya
plan hari tersebut: bikin 1 album gambar kami sepanjang setahun ni :)


dalam proses~~~


tadaaa~~~!!
kalau nk tahu, nk carik album yg memikat hatiku ni pn dh berminggu2.. huhu


alahai... penat gua edit die terbalik gak... grrr..!
tada!! hasil karya kanak2 rebina tabika kemas.. eh! hehehe...
ini 1st page album kami... :) seriously i'm very happy.. alhamdulillah :))
.::happy 1st anniversary Jay & Eha::..




Kekasihku Jalaluddin Musa (part3-final part)




awak.. awak ni gula2 kapas saya. awak manis sekali :)
saya suka semua pasal awak. terlalu sempurna.
smpai teringin sekali nk cr kelemahan awak
sampai saya rasa takut.
apekah tuhan kurniakan awak untuk seketika cuma memandangkan saya ni penuh dengan segala kekurangan.
tp apa2 pn sy berserah padaNya
semoga jodoh kita ada. amin


nk tahu bila best momment saya dengan awak?
ingat xharitu awak mcam kanak2 spastik hayun2 tangan saya smbil jalan terkinja2..smpai kalau ada yang nmpak sure dorang kutuk pehal laa makcik ngan pakcik ni.. (hahaha)
masatu saya tanya awak, "yang, awak ni kenape?"
.
.
.
lepastu awak senyum dan jawab.. "happy"


:))


... saya pn happy :) ...
alhamdulillah. terima kasih tuhan.


Thursday, July 7, 2011

our 1st anniversary!!~ :)))



pejam pelik pejam pelik... ehh!!


pejam celik pejam celik... SETAHUN DAH!! :)



alhamdulillah syukur.... terima kasih tuhan kerana menganugrahkan saya lelaki sesempurna ini...



kekasihku, Jalaluddin Musa.. (part 1)



tenkiu.. sbb bile dgn sy, awk kate awk rasa dhargai. sbb sumpah mmg kehadiran awk sgt sy hargai. maaf atas cela2 selame setahun ni. dn terime kasih sbb terima sy seadanya.



setahun ni xterbayar kasih sayang yg awk curahkan untuk sy.. nk nangis bile ingat pengorbanan awak dn usaha awak untuk adapt dengan pmpuan degil2 manja macam saya (ada unsur2 up diri di sini nmpaknya.. hahaha)



akhir kata, xsabar nk jmpa awak n celebrate pg nnt.. :)) (hepi smpai x leh tdo-padahal hari2 pn jmpe... ;p)


(to be continue....)