Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini bloG si eHa besh.. agak2 ade tersaLah masuk?

assalamualaikum n hye to all :)...




SEARCHFOREHA is where u can find or get to know me, Eha



4 ur info, this is my private blog which may contains lot of hype and sometimes harsh words depends on my moods



i dont need any reader however those who wud like to drop by are always welcome :)



this is my point of view's zone.to continue reading, just BEAR WITH ME! hahaha.. enjoy!~



ENJOY!




-ehabesh-


Showing posts with label jalan-jalan cari pasal. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari pasal. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Ramadhan month


10 malam terakhir. apa korang buat?

daia aku tau musti tgh tidor.. sbb x puasa. haha.. aku? sekarang tengah blogging (amal ibadat x elok nk cerita, ehemmm.. hehe)

minggu ni Man bawak balik laptop ofis maka aku boleh guna lptop dia dengan sewenang2nya untuk study blogging n fb-ing mcm gila YEAYY!! XD hahaha..

byk sgt cerita tertunggak, maka, mcm biasa, short point saje dan marathon gambar, JOM!

1) Kerja ya ya ya..

terus terang, environment kerja dekat Grib 10x ganda lg besh dr dekat Glen ni.. huhu.. setiap kali balik naik lrt mesti gua rasa nk singgah je dekat Asia jaya melawat Grib tp sbb gua sedar diri besok kena bangun awal bla bla bla sume, maka.. niat murni tersebut terbantut jap...hmm..

tapi xdelah pule aku kata Glen tu haram jadah x besh lgsung.. skarang pn aku dh berkenalan dengan staf2 yg besh2 dan ade laa kawan juge.. staff kat sini yg beshnya sume pn approachable (betul ke aku eja ni? haha). workload x banyak mcm Grib tp workflow dia semacam pening sket.. aku harap lama2 aku ley adapt dengan workflow dan system dia. sepanjang 3 minggu ni Doc2 yang aku kol sume pn perangai macam manusia biasa, x macam ungka, alhamdulillah.. :))

2) Pergi kerja ya ya ya

630am drive ke Tesco, lepastu amik bas (xkira U69,U70 atau U60).. dan akan tidor selama sejam lebih perjalanan smpai Pasar Seni. naik lrt smpai Ampang Park.. then naik bas smpai Glen. Balik pn sama kecuali kalau nk cepat, aku jalan g stesen Jelatek sbb balik, mghala ke Ampang park tu jem ya robbi.. kos cmpur minyak kereta g tesco sebulan= RM200.. (ok sgt laa bukan?)

3) Mr.M a.k.a Jay Fabregas

walaupun setiap minggu pasti jumpa, tp rasa lainnnnn sangat bila dh x setempat kerja dengan dia. Miss him badly eh astaghfirullah... kan bulan puasa ni eha! ish2.. kekasih, lain kali la ckp pasal kamu! ;p

4)Iftar

sumpah, banyak gila duit habes bulan ni sebab asek g makan kat luar je. pulak tu makan tak hengat yang gaji Grib bagi separuh jalan saje.. alhamdulillah.... rezki tuhan bagi :)

(eh tetiba x larat dh nk type sbb dh ngantuk.. smbung besok)

okay, baru lepas bersahur, boleh smbung entry.. sahur harini adelah... air kotak soya yeos yang xde siapa mengaku telah mmbelinya, maka aku pun minum semacam aku yg beli.. hahaha

tahun ini.. memang merata tempat aku berbuka puasa. err.. maksud aku, selain yang dalam bas.. ni antaranya yang aku rasa agak menarik dan besh:

Jom Bali (tesco puchong)

nasi lemak seafood- RM12.90
sedap gila smbal dia.
ni iji ngan man makan masa 1st day puasa. aku makan nasi lemak rendang ayam. tak hamik gamba laa pule.. ish



Yee Mee daging blackpepper (nama yang aku blasah sebnanye sbb x ingat.. haha)-RM10.90
cube estimate brapa besar kah pinggan mee tersebut? hahaha
sedap, tp mee tu x berapa nk lembut.. kuah dia enak,rasa macam kuah mee sizzling dekat ioi tu.. nyum2.. :9

air bandung cincau- RM 4.50 (kot?)
ade lg 1 air yang aku slalu order gak.. 3 layer tea -Rm5.90


kantonese Mee apetah- RM10.90
sedap. rasa macam kotiaw kungfu.. oh lupe, bukan mee, tp adelah kotiaw. :)

makan kat sini sumer pn besh. tp K.nurul kata pnah kua dekat internet x halal.. tp dia kata xtahulah betul ke x. aku yakin aja boleh kan..? sbb org kedai tu kata halal.. hmm.. tp boleh kata makan kat sini agak mahal.. tp berbaloi.. huhu

Saba Restaurant (Cyberjaya)

kedai makanan pak arab. buffet RM40 per perut kepala.


komen pemangsa- PUAS HATI DAN PUAS PERUT
komen mangsa (makanan2 tersebut)- LAIN KALI BOLE X JANGAN MMBAZIR?
hehehe...
nasi arab+kambing+ayam+daging+meatball+fries&wedges yang dimasak mnjadi pelbagai jenis masakan. desserts adelah kuih2 arab yang aneh maka aku x berapa makan sangat. air dia pn byk choice. Grape,sirap, lime, milo dan air2 gas.


pemangsa2 bersama mangsa2 masing2.. hehehe

Bumbu Bali (Bandar Puteri, Puchong)



nasi cmpur- RM35
ada nasi (sikit sahaja), ayam/daging (bole pilih), sotong, ikan, udang,sesuatu yang rasa macam satar, keropok yang rasa macam tempeyek, sayur kangkung dan sejenis lagi sayuran yang tak dapat dikenalpasti apekah ia. serta sambal2 aneh yang aku x makan sbb aneh.. hahaha..

sedap, boleh tahan. tp harga dia melampau lah bukan?
komen aku: mungkin kau boleh makan makanan yang sedap cmni kt tmpat lg murah :)
pergi ngan iji n man. sume order benda sama.. thanx to Man sbb blanja sempena dapat bonus :))


choc hazelnut shake- RM16+
served with gula melaka dan kekacang tak sure macademia ke atau pistachio.. yang pasti bukan kacang tanah, apetah lagi kacang panjang. Ini man punya. aku xmemang x berapa gemar akan air yang berasa kacang2 ni.. ini Man punya air.


Iced Chocolate- RM13+
SEDAP! ini air aku dan iji..

okay, ngantuk.. kang smbung lagi.. hehehehe

okay, sekarang pukul 941pm, 21/9/11.. baru balik dr putrajaya. baru nk smbung type lagi... hehehe..


Taste, Bandar Baru Bangi

pergi dengan 6Ds.. makan guna kupon RM9.. lepastu tambah sider order (side keeee..?? haha)



si eHa dengan milo ais dan chicken chop with blackpepper sauce. SEDAP!


senarai pemangsa




bendalah yg konon side dish dr atas kiri: cupecakes, wedges, pizza(tak tahu topping ape aku rasa cheese je..hehe) n carbonara spagetti.. nyum2..

paling suka makan dekat sini..well.. kau pun tahu bukan yang western food mmg ley buat aku hepi secara tetiba :))) sorang makan dlm RM20. boleh sangat!

Beriani tak tahu nama, Ampang



set briani ayam plus milo ais= RM10+ macam murah je kan?
briani die mmg superb! best!


pegi dengan labmate pas balik kerja sbb ade org promote tmpat ni.. boleh tahan.. :)


Flaming Steamboat, Sunway

angkara tak mahu berbuka sorang2 dekat rumah, dengan muka tak malunya aku ikut macik daia g berbuka dengan kawan2 matrik dia.. hahaha..



semua gambar daia pn macam ini..ketawa tampa henti barangkali akibat seafood overdose. hahahaha..

kawan2 baru yang gila! padan aa pangai macik daia x penah sembuh.. ish2.. hahaha


bahan pmbaziran. harga biasa. RM28 per kepala. makan smpai muntah.

okay, tu aja yang aku larat upload. setaat makan2 dekat gerai atau bazar malas lah aku nak hambik gambar. sebenarnya td ni aku br pas makan dekat Warisan, Putrajaya tapi gambar sume dekat iji... nanti2 lah. dah kenyang dan penat gila. esok lusa sambung,ok! :)

selamat berpuasa semua. jangan lupa malam Qadr! :)


Monday, July 25, 2011

luv kimchi :)




lagi 6 hari nk kerja tmpat baru.


lagi lebih kurang 6 hari Ramadhan bakal mnjelma. 2 minggu kebelakangan yang memenatkan dan agak huru hara. minggu lepas kerja malam. malam2 yang tiada mood. smpailah malam terakhir. mnjadi ceria. kekasih datang teman smbil siapkan album kami :)


bertungkus lumus. berjaya menyiapkan 12 pages. TQ :)


macam biasa. si eHa ni mesti mahu inteprem juga. hahaha..



paginya bfast nasi lemak dengan Mr.M. otw balik, macam biasa, perut aku dh memulas2 dah... mmg pikir, balik ni mahu lekas2 masuk jamban. dear jamban, be ready!.. tp masa aku lalu dekat pondok guard, aku x sedap hati nmpak ada notis berbunyi bertulis, SYABAS KUNCI AIR dan sekian2.. (pnjang notisnya, mana aku nk hingat).naik rumah tengok air kering kontang.. adelah dalam suku baldi! Arhhhhhhhh!!


nota kaki: perut aku tgh memulas


maka, pandai2 lah nk hidup! hahahaha..



pg tu juga, aku kena pergi amik roadtax yang dh siap dekat glenmeri. habis sudah masa selamba ya ya bawak kereta tanpa roadtax selama 3 hari! yeayy!! hehehe.. pergi glenmeri tanpa mandi tapi masih wangi sbb curah minyak wangi. jumlah bayaran ade lah sebanyak RM607+80+10= Rm 697.. murah! tahun lepas kena dekat seribu, ntahlah aku pn x tahu camna dorang kira.


balik dr perodua, aku pn terpk2 nk mandi dekat masjid mana (dh bawak brg2 mandi sume).. tetiba teringat akan rakan2 sebaya dan tak sebaya dekat TTDI maka, zassssss!!


siap lepak sana smpai 2 hari smpai adek saya mengepos ini dekat fb ...

HAHAHA.. ngamuk adek aku sbb aku angkut sekali ubat gigi, shower gel dan syampu. hahaha



shah alam. rindu betul dengan kawan2. Tp dapat jumpa Kak Di dan Ema saje. biasalah kalau dh masuk rumah tingkat 3 dekat Ilham apartment ni. tetiba magic akan terasa macam dekat korea.


Kak Di sangat baik. sebaik2 kawan aku kira. xpernah berkira dan akan sntiasa lebihkan kawan2 dari diri sndiri. dia sediakan towel dan pakaian salinan. dan lunch (part saya suka yeayy!!). pasangkan WGM goguma couple yang aku x habes tengok itu hari. lepastu pasangkan cerita best..


..Lie To Me..
sedih gila dan asek menangis smpai pening kepala. x tengok smpai habes! Arrrr!!


lepastu, Kak Di bg saya makan ini..


kimchi!!! banyak gila okay dia buat. berbekas2 dlm fridge!
kimchi adelah best gila!. XD



mlm baru pulang ke rumah. rindu bau rumah yang plain ni. dan yang penting, rindu adek2 saya! :) rindu nak bahan dan kutuk dorang. rindu nk berebut air..



eh, AIR??


arrhhhh, SYABAS, sila lah buka kunci air. apsal kau bongok sangat kunci masa nk dekat puasa ni! arrrrrrrr!!!!



harini nk g mandi katne ek?



Monday, June 6, 2011

cuti-cuti xingat kerja!! yeay!!



days that you (yes, you, my blog dearie..) missed. oleh sbb aku malas, maka.. marathon gambar jelah jawabnya.. hahaha..



menyambut Hari Tua Meen @ nandos IOI Mall


upload gambar dikala blogger tengah semput mmg mancabar, jadi, tukar plan. aku cerita sajelah. x jadi marathon gambar. hanya gambar2 yg pnting dan menarik dan yg buat aku nmpak kurus sket je yg akan diupload.. hahahaha


berlaku pada 23 May lepas.


Plan asal, kul 10 sama2 gerak pegi amik kek yg ditempah dekat kajang, lepastu iji akan mghantar kami, aku, man n Mr.M ke ioi mall.. (sbb kitorg x bli hadiah tuk meen lg). iji lak g amik meen dekat ampang.. dan bawak g ioi mall,lepastu nk smbut dekat fish market Manhattan. (atau apekah nama dia.. aku x sure)


kejadian sebenar, kul 10 sama2 masih mmbuta. termasuk Mr.M (sbb dia baru balik kerja malam) tp dia kata dia banyak kali terbangun.. (fine sayang wpun sy tgk awak tdo secara nyenyak gila je.. lepastu bangun2 marah sbb ckp kaki saya mengadap kepala awak padahal sblum tu matahari dh terpancar kat muka sumeorg pindah tmpat tdo tp awak je duk situ gak sbb x sedar lgsung.. hahahaha..) lepastu bangun2 kul 12 lebey.. iji kelam kabut amik meen.. dan amik kek.. (kira x seprise lgsung.. meen siap tau amik kek kat mana n harga berapa hehe) then amik kitorg dan terus pegi ioi mall, kalau x silap masatu dh asar.. janji melayu. hahaha


ada lagi, rupanya fish market manhattan tu x wujud pn dekat ioi mall!!.. kah kah.. dh laa aku yg mncadangkan tmpat tersebut.. tp sebelum iji marah, aku pn laju2 cakap.. nandos lg besh. tmpat dia privacy.. dan nasib baik mmg ok dan iji pn suka.. cuma sos2 dia sangat aneh (jeling2 macik tuan) hahaha


lepastu, kami menonton ini..


cerita dia best. awek duyung bg aku xdelah se-hot mana seperti yg diwar war hmm..







engkau jgn terpedaya. ni gambar kejadian lain..
makan2 bersama adek beradek @ pizzahut Alamanda.


kejadian berlaku pada 2 jun lepas. kami gerak asing2.. iji drpd ampang (pegi dating r tu) man drpd tmpat kerja. aku pule dari rumah. oleh sbb aku duk umah je dan x mmbuat sebarang kerjaan, maka aku pn dengan yakinnya, mengepos status ini di fb:



click to enlarge.


malas nk cerita panjang. maka, malam tersebut aku pn belanja. bayar rm100.. baki adelah berapa belas sen ntah.. hehehe... x banyak yang kami bualkan pn sbb sudah janji dengan ayah budak2 ni kena pulang awal sbb ame kena study. ntah study ke x budak tu.. hahaha.. oh ye, aku telah mmbelikan ame score A apetah.. semacam sejenis e-learning. awal2 aku dh bepesan.


"buat bg habis. mahal ni.. rm400 (sebenarnya 398), bole guna 6bulan je"

bukan berkira. tp ajar budak hargai duit. kalau dia xbuat siaplah dia. eh, jap aku nk kol ame.. tanya dia ade buat ke x.. ;p.. (nasib baik dia buat-baru lepas kol.. hehe)


score A ni bg aku benda yg menyenangkan dan interesting jugak laa.. mcm kes aku, bila adek aku buat.. aku boleh monitor dr jauh.. sbb dia bg gak parents id. (aku br bukak beberapa saat lepas.. hahaha)


hmmm hmm.. stakat ni mmg bagus budak ni buat.. sume pn A..harap PMR pn dapat cmni aa insyaAllah..Amin. yg best kat sini selain kau boleh monitor result, kau juge boleh tgk sume soalan dan jawapan yg budak tu salah.. semacam adek aku ni.. paper BM.. boleh plak dia salah soalan kacang nih..


mmg dasar! kejap aku kol dia! hahaha


eh, tp soalan sains dia mmg mncabar gak... hmm hmm.. (sbb soalan yg adek gua salah tu aku pn x tau jawapan dia.. hahaha.. ;p


dah ah.. malas cakap pasal score a. hehehe..



kejadian ke-3 adelah berlaku di kenny Rogers Jusco Taman Equin pada 4 Jun lepas.


menyambut hari tua Macik Daia!!!!



hepi beshday macik daia..!!~ (030611)
semoga kau hepi2 aje. n may all ur dreams come true.. n may Allah bless u.. yeayy!!!



ntah apsal aku plak yg excited semacam.. hahaha..
gambar belum ada. tunggu macik tuan ntah buat apa lmbat sgt upload... eee geram btul.. haha..




okay, habis sudah kejadian2 basi. maka xdelah blog aku ketinggalan zaman lagi. sekarang boleh cerita kejadian agak terkini. (pnjang lg ni. kalau kau rasa nk pegi buang air.. syuh2.. pegi buang siap2.. nanti smbung balik..;p)



########



semalam, telah bermula hari cuti cuti x ingat kerja saya. yeayyy!! *guling2*



macam2 saya plan. antaranya:


1.kemas stor.
nk jadikan ia sebuah bilik tidor. tp tetiba budak rumah saya nk kua rumah. maka. x jadilah.. hahaha.. err.. mksud saya, x jadi nk jadikan ia bilik tidor. tp tetap mahu kemas juga.

2. kemas kereta.
ya tuhan... tah ape2 ada dlm kereta tersebut. kalau x silap. kasut pas naik broga itu hari pn masih ada dalam bonet dalam keadaan bertanah kering.. hahaha..

3. ubahsuai siket rumah.
memandangkan Man sudah balik for good. dan mmg nk duduk sini berulang g kerja dan budak rumah saya pn dh kua. skarang tinggal kami bertiga yeayy!! semacam rumah ini kami yg punya... yeay !! *guling mcm org gila*

4. pergi carik kucheng yg comel nk bg dekat Mr. M supaya dapat teman dia. xdelah die bosan sangat smpai kena beli game batu bata.. (ala.. game susun2 yg boley terbalik2kan tu.. yang dulu bila balik kelantan rasa cm bunyik dia annoying gila bila adek sedara gila main mendalah tu.. cret crett crett...hahaha) you mmg comel lah sayang. i luv u. haha..


okay.. semua pn berunsur kemas sebenarnya. sbb mmg rumah dah semacam gedung mmbeli belah. (bak kata Mr.M) ahhaaha.. -aku x dpt bezakan kutukan atau pujian, maafkan aku.



Hari pertama (cuti2 xingat kerja)


-telah tidor smpai tgh hari dekat lab (mlm tu kerja)
-balik rumah tunggu Mr.M tengok2kan plug.. (kalini plug lain plak.. eeee.. geram sungguh beta)
-lepastu keluar pegi ioi mall nk tgk kungfu panda.
-tgk timing kungfu panda n xmen serentak. pukul 7 lebey dan 9 lebey.
-nk beli xmen kul 7 lebey kemudian beli kungfu panda kul 9 lebey tp yg kul 7 lebey selling fast dan queue ya tuhan.. panjang!
-Mr. M kata ni sbb sayalah siap lame sgt.. cis. kang aku kluar rumah x mekap kang br tau.. hahaha..
-last2 beli tiket kungfu panda je kul 9.10 tp masuk kul 940.. (whattheFun betullah dorang ni.. gua dh la penat)
-kalau nk tahu, ni 1st time saya kasi peluang Mr.M belanja saya 100% sepanjang hari. dari makan, wayang, tiket parking. sbb saya kalau dating prefer 50-50.. sbb bg saya, belum nikah.. xpayah laa nk support sgt dr segi kewangan.. sekurang2nya kalau putus di tgh jalan hubungan ni (nauzubillah) xdelah adengan ungkit mengungkit. dengan ex ex dulu pn aku macam ni..
-dan Mr.M semacam bahagia gila je.. xputus2 ckp hepi sgt2 dpt belanja saya sepanjang hari. habes duit pn bahagia. x paham aku.

by the way



cerita yg besh!! menangis dan ketawa saya dalam itu panggung.

pulang jam 12tgh malam. maka habislah 1 hari. cinderella pn mnjadi hodoh balik. muka minyak2.. tudung kena kuah blackpepper (nasib kekasih x prasan sbb tudung gua hitam.. haha) dan naik atas x sarung hells dah.. sliper sudah! haha




Hari Kedua. (harini)


terjaga setelah mndapat panggilan tepefon dr Mr. M


"assalamualaikum sayang"-Mr.M
"hmm.. nape sayang?" -aku.. (salam jawab dlm hati)
"saje nk bgtau syg, skarang dh pukul 1230" lalu aku pn ketawa.. cis. perli gua aa tu!


harini aku x buat apa2.. bergayut dan blogging saje. plan stat mengemas adelah pade mlm hari. (aku pnah cerita bukan aku ni nite person. siang gua tidor.. hehehe)


tp td dpt msg dr Ling (budak lab gua)


"fa-ray-ha.. u mau bulapa ekor? ada putay, eetam n jalur2.. kwn me ada 7 ekor"


ya salam bahasa melayu budak ni. tah pape tah.. aku konfem.. jalur2 tu mesti sbnanye adelah tompok2 lah bukan?? manede kucing jalur2?? ingat harimau? atau bendera malaysia? ni yang gua nk suro dia beli score A paper BM nih.. hahahaha..


membe si ling ni ada banyak kucing yg dia nk bg dekat org.. dengar cerita kucing2 dia comel2 belaka.. (kucing biasa bukanlah persian ke apa).. xsabarnya!!!! :)))



oklah.. tetiba aku penat.. (sbb type guna laptop man yg berada atas katil-sakit pinggang) angkara plug dekat pc rosak.. huhu..


nantikan cerita akan datang! (bajet artis)




Thursday, April 14, 2011

me, him n HOP HOP!




slamat pagi semua.



mud aku harini adalah biasa-biasa sahaja. telah bangun pada jam 9 sebab budak2 ni duk chatting guna WhatsApp... lepastu chat secara laju2 smpai henset saya pn asek bunyik x berenti smpai akhernya saya serrender, xmau tdo dah! hahaha


kami tgh planning untuk bercuti ke Langkawi Island, insyaAllah :))


jadi, hari cuti telah buat apa?



aku macam biasa, ke tempat yg mmg akan pegi setiap minggu, ioi mall!! ceh, bosan betul tengok muka kau wahai ioi! haha.. dn telah pegi ke kedai feveret, iaitu Daiso.. dn mmbeli ini..




buat yg x tau.. ini adelah kedai rm5 yg jual brg dr jepun. kebanyakan brg dia cute, saya suka :)
telah habeskan duit sebanyak, rm25 (rak tu sbnanye dua, kalau kau prasan)



Mr.M belikan saya ini


stokin tido perisa strawberrry....!! TQ yang!
sy tengah memakainya ketika menype entry ini.




dan telah menonton ini...


cerita dia okay n funny..
tp macam xley lawan Alvin n the Chipmunks & Despicable Me :)





okay, sebenarnya aku takut mahu pergi kerja memandangkan dah tahu kena marah sbb ade buat salah itu hari T_____T




Sunday, April 10, 2011

Jay Fabregas' Day

petang yang redup tapi panasss ya tuhan!


hari ini aku cuti.. malam semalam telah menteman Mr.M dekat lab sempena... err.. sempena aku mmg berhati mulia. hahaha..



sebenarnya ini hari mahu pergi datingan dengan dia. niat tersorok adelah untuk celebrate besday dia secara seprise. tapi tetiba Mr.M kena buat double shif ganti manusia yg MC.. ces betul.. sebenarnya mahu marah tapi tak boleh marah memandangkan dia besday boy, maka, aku mmbuat keputusan untuk menteman dia dekat lab sepanjang dia kerja malam then smbut masa awal pagi. (wlaupun aku end up tido dekat surau selama beberapa jam, kira temankan jugelah bukan? haha)


sebenarnya juga mahu menyambut dekat alamanda dengan adek2 aku.. tp tetiba datang aral melintang.. sob sob.. jadi smbut berdua dan agak kelam kabut sket.. tp takpelah, takda sape nk kasi markah pun... hehehe



okay, cakap banyak x guna, mari layan gambar.


gambar di bawah adelah semasa kami dinner sama sama pada beshday Mr.M..




pizzahut sec14, 080411


paparazzi: eh, apsal Mr.M makan lebih sopan dari anda?
ehabesh: sbb saya suap die salad je.. die suap saye honey dew sket punye besau.. dh laa x potongkan.. hehe




gambar pertama: ketika saya hendak snap gamba appetizer kami, Mr.M bertungkus lumus menghias guna garfu dan sudu agar gambar kelihatan cantik.. hahahaha.. i luv u ;p
gambar kedua: ketika makanan luak setakat ini, kami sudah kenyang, perut sudah bulat.. (perut aku jelah.. haha)




gambar di bawah ni pule adelah sambutan ke-2 pada pg td.. menyambut dekat mcD sbb ingat dia punya open air area tu semacam besh n privacy je untuk pasang lilin, sekali haram je.. ramai gila manusia... apekejadahlaa dorang ni.. pagi2 ahad pegi laa masak nasi lemak untuk keluarga... adeke pegi mcD makan pancake aneh. x paham betul.




@mcD sec14 100411


gambar 1: berjaya mmpedaya Mr.M cakap nk g beli pad jap sbb tetibe period padahal kelamkabut mmbeli kek tersebut..hehehe
gambar 2: cndle tersebut adelah firework style.. tp dlm gamba x nmpak lak percikan2 die.. huhu
gambar 3: usaha Mr.M tuk mghapuskan api pada lilin
gambar 4: usaha Mr.M untuk mghapuskan kek.. (hohhh??)





Mr.M wif his present. bfast set tu adelah sangat mncabar tuk dihabeskan.. dahlah pancake rasa aneh.. hehe





naseb incik hadiah; hampir kena makan. haha




naseb baik muat. harap kamu suka, kekasih :) err..smoga brtambah rajen maen futsal.. :p



tamat sudah smbutan besday secara zombi sbb memasing ngantuk... tp xpelah.. :) sorry kekasih atas segala kekurangan..




okay, maghrib dah lama masuk, nyamuk pn dah mula kenduri.. bye!