Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini bloG si eHa besh.. agak2 ade tersaLah masuk?

assalamualaikum n hye to all :)...




SEARCHFOREHA is where u can find or get to know me, Eha



4 ur info, this is my private blog which may contains lot of hype and sometimes harsh words depends on my moods



i dont need any reader however those who wud like to drop by are always welcome :)



this is my point of view's zone.to continue reading, just BEAR WITH ME! hahaha.. enjoy!~



ENJOY!




-ehabesh-


Sunday, August 30, 2009

ahlan ya Ramadhan...

aku rasa dah brape tahun aku berblog ni setiap kali masuk ramadhan mesti aku guna title di atas tersebut.. sungguh x majulah bukan? hmm... mesti merantau carik sumber inspirasi. jadi, siape mahu mensedekah tiket pergi korea selama seminggu x balik2 dah, jangan segan2 okay!haha


1st of all.. introducing

Ucop

dia ni sekelas dengan aku masa kat maahad dulu.. tp lain betul aku tgk muka dia.. eh, macam manelah engkau boleh jumpa blog aku? hebat betul..

salwani

oh dia ni mmbe baik. baik dari form 1 lg.. er.. sedorm lah bukan kite kan? hmm.. by the way, baru jumpa budak nih td..


seblom ni.. (sekarang pn) aku mmg sangat jarang boleh mengupdate blog.. haihs.. nk apply wimax pn xde coverage pulak dekat sini.. tekanan betul. lagipun oleh sebab status kewangan yang semacam berombak2.. (err... sbnarnya aku nk mksudkan kejap ok kejap xok.. tp semacam xberapa sesuai tp belasah sajelah ok..) jadi aku pn tangguhkan dululah niat murni tersebut, smoga di lain masa tuhan anugerahkan saya rezeki yang x disangka2 tetiba. contohnya macam tetiba brader kamal depan rumah ni tetiba nk kasi aku guna line wireless dia secara percuma ke... ;p sape tau..



ok, engkau puasa ke? aku ni, hari ini baru aku berpuasa.. haha.. aku macam biasa, kalau x puasa, aku akan bebetul macam orang xpuasa. er.. mksud aku, aku mnjalankan kehidupan semacam org x berpuasa lah macam biasa. bangun pagi, (okey, daia sila tahan diri kalau tetiba rasa nk ckp "engkau bangun pagi ke?" dekat aku,ok. haha) aku makan roti kaya macam biasa dengan hamster.. (ok, hamster pn x puasa, yeay!). lepastu aku tgk muvie atau baca buku tebal yang haritu beli dekat mph sacc.. tajuk dirahsiakan (ceh, poyolah kau eha). bila lapar, aku akan goreng bihun tanpa rasa bersalah pada jiran tetangga yg sah2 lah terbau bau bihun aku yang aku kira, boleh lah kata sedap. maksud aku bau dia, bukan rasa dia. biasalah, aku ni rendah diri orangnya. tinggi saya adelah tinggi average wanita asia (ok, tetiba aku rasa nk up diri) tapi sebenarnya aku tutup2 jugaklah tingkap kasi xbanyak sangat bau terklua. yelah, kalau x masak, xbesh ah kalau kena makan roti kaya smpai malam. kesianlah hamster tersebut. (eh ni cerita pasal aku ke, pasal hamster?)


okay merapu.


sejak xda internet ni kau tahu, aku rasa tekanan betul. banyak cerita aku dh miss nk cerita dekat ini blog.. wuwuwu.. rindu blog sya.. sorilah saya memang obsess dengan blog sendiri. sebab ini umpama diari saya. engkau kan tulis dairi hari2.. bayangkan kalau kau, maksud aku kau yg mmg kena tulis diari hari2 tetiba x dpt tulis? xke tekanan.



jadi trimas kepada cik daia kerana telah mmbenarkan aku guna pc dia secara macam, nk kasi guna terus je ni...? hahaha.. malam ni aku tdo dekat rumah daia. malam ni merupekan malam ke-2 aku tdo rumah dia. rumah daia cantik tp menakutkan. er.. bukanlah mksud rumah dia sera macam pondok mahu roboh ke ape.. tp rumah beliau sangat besar..


nota kaki: eha x suka rumah besar sbb dia slalu rasa x selamat (takut) sbb dia selalu terpk yg ruang2 besar yg lebih2 tu entah ada siapa atau ada apa kat situ. penakut jugak si eha ni.


ok.. sebelum aku merapu dan isi sebenar entry ini x kesampaian, baik aku mula cerita pasal iftar di tahun 2009 ni.



Iftar 1 (6 Ramadhan)

berlangsung di kedai makan yg bernama BBB tomyam.. atau tomyam BBB saya pn x berapa sure. yang pentingnya ada BBB tersebut, sbb saya ingat kununnya saya nk buat lawak dekat daia cakap BBB tersebut adelah "batu belah batu bertangkup" tp daia x layan lawak saya. kecewa kejap. hahahaha..



kedai ni aku rasa mmg femes kot sbb ramai gila manusia. masa kejadian berlaku hujan jadi kami telah pindah meja dari bawah ke atas sbb tetiba ade air melimpah secara aneh dekat tanah lepastu air tersebut tanpa belas kasihan menuju ke arah meja kami. akibat menukar tempat duduk tersebut, terjadi kekonfiyusan di kalangan brader2 waiter kat situ, jadi kitorang punya order smpai lambat sikit. tp siries.. tomyam dia best!!!


xda gambar makanan , smpat amik gambar kurma sahaja. trima kasih kepada cik daia di atas gambar2 di atas.



Iftar 2 (8 Ramadhan tadi malam)

cik daia telah memesej aku pada pukul 630 mengajak berbuka secara beramai2, (padahal ntah puasa ke tak si daia tu.. semangat betul haha) di mana ketika itu aku sudah pun memasak nasi untuk berbuka. aku masak nasi sahaja yg lain aku masak dekat bazaar.. best! hehe. Jadi malam tadi aku datang lewat sbb aku buka, smayang, mandi apa sume dekat rumah.




adegan makan2 dimana saya masih belum berada di tempat kejadian. eh, lupe pulak nk tanya apekah lauk2 tersebut.. tp sal kata majoriti lauk2 dia semua masin.. aku rasa tomyam dia macam masin tp kalau makan dengan nasik, okey kot..




tengok, si eha sudah sampai. eksaited betul dia jumpa kawan2 yg jarang jumpa.. dan kawan yg selalu sangat jumpa.. (ehem.. haha)



banyak sgt kamera, xtahu nk pandang mana. (kalau boleh nk pndang sume haha)




dh nk kua dh ni... si eha ni bukan rakus.. cuma dia xnak mmbazir.. habeskan air dulu...



nila kitorg.. nmpak je ayu.. tengok aksi jap lagi...



haa.. kan kan.... hahaha... seronottt!!(sile fokus muke daia)




baya balik... belanje diri sendiri.. xtahu apsal kema terharu sgt tu...



ni si piyah tengah testing




testing utk ni... tp x berape jadi... sbb byk muke terpotong... lgpun tgk muke aku terselit.. tu pn sbnanye aku dh tolak2 si peoz.. hahaha



haaa.. baru jadi... ni gamba feveret aku!! wpon daia cm malu2.. tp xpelah maafkanlah die...



lokasi : Sg merab, seblah petronas, depan rumah daia.
alamak kantoi pule jengket. perbuatan keji untuk kelihatan tinggi.. (malas mahu crop dah ngantuk)



si eha. sengaja saya panjangkan gambar. well.. antara taktik keji untuk kelihatan kurus. tp nmpaknya xberjaya. haha.. ini gamba latest saya.. siambil beberapa jam tadi oleh cik daia secara separa candid. saya kelihatan.. er.. obviously, gemuk, byk jerawat.. (mmg xleh tinggal aa felisa ni..).. jobless.. tp saya masih riang ria seperti biasa. senyuman itu bukan hipokrit, bukan sembunyikan kesedihan ke apa.. saya ada adik2 yg sntiasa bersuka duka dengan saya, en kekasih yang perfect di mata saya, dan rakan2 yg sentiasa mghiburkan saya. alhamdulillah.. saya bahagia. =)


Ya Allah.. kul bape dh ni... (lenanye macik daia ni tido.. amik gamba best nih.. hahaha)



::338am::


Monday, August 17, 2009

penat, 3 hari x pulang, harap hamster masih bernyawa

bukak2 facebook musti aku pening secara senget...

sapekah ini? sapekah itu?

sejak cik nurul hidayah suboh jadi secretary-bergaji-tinggi-kemudian-beliau-sedekahkan-balik- gaji- tersebut-kepada-majikan-beliau-yang-insyaAllah-tahun-depan-kaya kepada saya, iaitu tugas beliau ialah mengecek facebook saya dan juga memastikan bahawa miko saya tidak mati dan restoran saya tidak bangkrap, saya tengok ntah sapa sapa ntah yang beliau add dekat frenlist saya.

cmne ni daia, aku tolak gaji kau lah amacam? ahahahhaa.. x sedar diuntung sungguh seorang aku, dah membe nk tlg updatekan facebook bukan tahu bersyukur.. keh keh..

daia, engkau jangan approve org yg aku x knl.. aku nk letak org yg kenal je kt fb tu. aku dh tua nk berkenalan2 skang nih.. hahaha..

aku rasa, aku nk hire orang pulak tlh check kan email.. hahahhaa..


gambar hiasan

p/s: sbb sebna update blog = tak mau kalah ngan daia.. hahaha


::335pm::

Tuesday, August 11, 2009

hidup saya adalah sesuatu yg berharga,, eceh (xtau nk tulih ape)

dah dua malam aku tdo umah kak di. SERONOK! XD

harini bosan sikit sbb kak di kerja. tapi kak di baik hati tinggalkan laptop dia, jd bolehlah aku ronggengan puas2.. (padahal xsmpai sejam saya sudah berasa bosan tahap dewata)

minggu2 biasa aku,

1. set alarm kul 10 pg. tp biasanya dlm 9 lebih dah terbangun sbb matahari akan betul2 ada dekat muka. (langsir rumah aku belom dipasang secara proper lg)
2. setelah mandi dan bermekap secara ala kadar, aku akan mengemas rumah secara sikit. sikit je, tp kenalah kemas gak dh nama pn surirumah sepenuh masa skang nih.
3. lepas tu aku akan carik apape muvi untuk dtonton. xkesahlah cerita baru ke, lama ke. layan saje.. (kalo xsilap cite iron man aku dh tengok lebih 10x sepanjang pengangguran aku ni) tapi xpa, saye suka cerita tersebut =p
4. lepas solat, aku akan mncari bahan bacaan. buat masa skarang sume pn bacaan ilmiah. buku2 yg bunda beli sblom2 ni. maklumlah masa pindah rumah aku baik hati sangat tinggalkan semua komik dekat ameer (sirius, dh menyesal.. nnt mesti mintak balik)
5. aku akan makan bila perut rasa lapar sangat. kejadian tersebut biasanya berlaku pada pukul 5 petang. jadi aku akan makan roti kaya bersama hamster hamster tersayang. smbil makan roti kaya, aku smbil merendam bihun. (roti kaya tu buat alas perut je maa) dn seterusnya menggoreng bihun. sambil makan bihun smbil main ngan hamster. uih, macam mana tu?
6. lepas maghrb biasa nya aku akan smbung tgk muvi smpai aku pening kepala. midnite, masa untuk membasuh kain,mesti engkau kata eh, xkanlah hari2 basuh baju bukan? dahlah duduk sorang2. duk rumah je pulak tu.. xkan sehari tuka baju smpai 10x? engkau silap! hari2 aku mmbasuh. aku akan basuh cadar, selimut, langsir, baju aku, baju iji yang gantung2 tu wpon aku rasa baju tu semua bersih. hahahaha... silap haribulan boleh jahanam mesin basuh tersebut.
7. smbil2 tu, aku akan baca buku. kalau dapat buku besh, kadang2 smpai subuh aku layan. tp standard aku tido kul 3 lebih. biasanya kalau smpai subuh tu, adelah sebab aku layan call of duty.. hehe..
8. kalau daia atau bebudak lab ajak aku minum atau cari barang, baru aku kua dr umah... dasat x? haha (tu tolak kua umah pegi buang smpah)

memula aku rasa seronok laa jugak bercuti macam takda sempadan nih... engkau pn taulah kerja aku macam gila je.. nk cuti pn payah. smpai rakan2 sebaya pn suka kecik2 hati dengan aku sbb slalu kensel kua. tu x masuk lagi kenduri kendara yg aku x boleh pegi.. (tp mase aku cuti ni xda lah pulak org kawen,cis). skang ni, lama2.. aku suudah mula rasa bosan, sadis, serta sakit badan secara sangat. hahahahhaa.. mahu kerja! mahu kerja! bosan! bosan! kepada sahabat2 semua yang risau2 pasal saya x bekerja dn sebagainya.. (dengan cara kalau keluar x pasal2 nk bayar duit minyak, tol, siap blanja makan dn sebagainya sbb takut saya takda duit) janganlah engkau risau sangat. aku sebenarnya dah dapat kerja tp sbb boss tu bz jd dia minta aku sabar kejap sbb dia nk uruskan satu hal ni. (aritu beria suh aku masuk kerja cepat2,, sabo jelah. buat masa tu, aku mahu betul2 enjoy dengan kehidupan cuti yg bosan ni... =)


tp,minggu ni sangat seronok seronok seronok sbb

1. jumpa sumua beshfrens yg dh lama x jumpa. puas meronggeng
seronok jumpa wani, yana n iman. cik iman ni nama je dekat tp ssh nk jumpa. huh. lepas tu lepak2 lagi ngan tuan, daia n hami. daia blanje abc! besh!

uih, sek 2 dahh ade tempat cantik apsal lah aku xtau? anak kak nor ya Allah comelnyaaaaa!!!!

2. pagi sampai besok pagi bercakap dengan manusia.
bukan dengan hamster.

3. tak tahu berapa kali aku pegi atm cucuk duit. hahaha..
selagi duit x habes aku rasa aku xda kesedaran pn nk start kerja balik. jadi ini satu permulaan yg baik. hehe

tp bahananya,
en, kekasih telah merajuk mengada ngada sbb tiap kali dia call aku je sama ada x berangkat, atau aku suruh kol balik atau worst, bateri kong x teringat pn nk charge..

kesian dia. maaflah gebu, saya sayang awak, tp saya sayang kawan2 saya juge =) hehe

tapi ini malam aku sudah mahu pulang ke puchong sudah. risau betul dengan sanag hamster kat umah tu... kesian dorang x dpt makan roti kaya.

LAPAR!! nk g singgahan rasa makan nasi ayam.. lepastu mahu balik puchong.mesti kak di marah tp xpelah.. minggu dpn turun s.alam lagi. wpon kat puchong bosan, dan kat s,alam 10x ganda besh, aku ttp suka duk puchong. =)

jom kemas, eha, jom pulang

::2.46pm::

refreshments..


wahh.. wahh akhirnya aku start sudah manaip blog.. harap2 aku berjaye update entry ni..
hehe.. adekah merindui aku? (okay daia, ko x payah jawab.. aku dh tau dah... *tersipu tetiba kah kah*)

sebenarnye aku xda rasa nk cerita apape pn.. apetah lagi nk memuji sesape atau mengutuk jauh skali.. nmpak sgt diri pnuh sifat mahmudah.. ish ish ahahaha..

dengan kata lain, aku xda pn terasa mahu update blog sgt.. mood nk update blog tu blom dtg sepenuhnya.. mood, mari lekas dtg kau!

ok, xda nk cakap apape.. jom layan tag dr daia.. (kau tau lah aku ni mmg suka layan tag.. hehe)



THREE NAMES I GO BY

1. eHa - majority org panggil aku dengan nama ni, nk order domino pn aku slalu guna nama ni walaupon last2 kat resit tu die letak nama aku EMA atau ELA, (penat je aku eja kan utk brader pizza tu) xpelah, aku x simpan dalam hati pn.. ahaha

2. along - panggilan dr emak saya [mari sedekahkan alfatihah kejap] serta adik2 saya yg masih kecil =)

3. haimoni- bahasa korea bermakna "nenek" baru sejak 2 hari lepas dipanggil olah kak faiz gila sbb dia dengki aku gelakkan kak di panggil dia ajumma (makcik)

THREE JOBS I HAVE HAD IN MY LIFE
1. saya penah tolong paksu saya (bukan pakcu ye iman... eh tetiba plak kan.. haha) jual air soya dengan taufu fah (sila abaikan ejaan) kat pasar malam..
2. saya selalu kena jadi cekgu secara paksa rela smpai saya dh xda modal nk cakap jd terpaksa cakap pasal match arsenal yg saya tengok mlm sebelomnya demi menunggu masa mengajar habes.. hihihi.. (apekejadah lah bukan suruh aku mengajar sirah?)
3. saya penah jadi pembantu penyelidik, di mana, bg saya kenangan manis di negeri org tersebut hanyalah sbb dapat rasa semua makanan sedap2 kat sana dengan rakan2 sebaya.. ahahaha..

THREE PLACES I HAVE LIVED
aku ni nomad, dari diri sndiri smpailah ke keluarga aku semua pn nomad, jd sila izinkan aku mentamak sekejap llist semua tmpat yg aku penah tinggal.. ok? ahahaha (kalau ade yg meluat, harap bersabar.. ahaha)

klang (zaman2 muda remaja), kajang (skolah), sepang (matrik), s.alam (U), alorstar, langkawi, putrajaya, puchong

TV SHOWS THAT I WATCH
x tetap, seingat aku,aku suka tgk csi, yg lain,aku cenderung untuk tengok cerita yg mmpunyai hero yg hensem. itu aja komen saya. (semacam xguna je komen tersebut, xpe, layan saja ok)

PLACES I WANT TO GO
1. nk pegi korea dengan HAIMONISSS.. ahaha
2. sipadan island.. aku xnak pegi tempat hebat2 kat luar negara, aku mahu sipadan island!
3. tempat yg x payah pegi kerja tp masih boleh bersuka ria.. tp badan x sakit sbb asik llepak makan tido saja... eh.. tetiba aku terasa sendiri.. ahahaha

THREE OF MY FAVORITE FOODS
sblom tu, komen kpd cik daia, sile kurangkan makan ayam sbb ayam adelah x sedap.. hahaha.. (slamber aku kutuk cik ayam)

1. engkau boleh kata aku ni penggemar masakkan kampung.
2. xnafi aku suka sgt italian food dan western's (bila mahu kurus ini macam cik eha?)
3. bihun goreng. aku boleh hidup kalau hari2 makan bihun goreng saje pgi ptg siang mlm. asalkan yg aku goreng sndiri aa.. (lebih kurang nk kata aku masak bihun goreng sangat sedapplah bukan? ahaha)


THINGS I AM LOOKING FORWARD TO
frankly? a new environment.. (sori daia, tiru ko kejap)

THREE FAVORITE BANDS/SINGERS
saya x berapa fanatik dengan band atau singer, saya cuma suka lagu2 mereka saje.. cth, saya suka hmpir semua lagu linkin park, tp selain chester (mcm biasa, abaikan ejaan) haram aku x tau nama ahli band yg lain.. haha

saya cenderung untuk suka lagu2 punk rock dan dangdut.. hehe.. genre lain layan je kalau besh.. =)

THREE FAVORITE SPORTS TO WATCH
badminton.. (sbb aku suka main) + pingpong (sbb pemain dia nmpak mcm sgt hebat) + err... snooker kira sport x?

THREE FAVORITE DRINKS
1. sirap ais
2. nescafe o ais
3. air mangga

air yg xtra masam macam limau, kiwi biasa, kiwi aneh dekat murni ss2 yg daia suka tu, air2 mengarut macam air asam jawa sume tu boleh main jauh2..
air kotak pelik2 yg ada dlm certain2 kedai yg dulu2 tuan suka tu pn ley g lari laju2.. harap2 kau dh x suka air kelapa dlm kotak tu tuan... x ke aneh, air kelapa dikotakkan? ahaha

I'M TAGGING THE FOLLOWING
tiada paksaan dlm islam (xda kena mengena dengan soalan)


by the way daia, sapekah rosmah atau rosnah atau apekah tersebut? macam ngeri lah pulak aku mahu mengusha youtube dhlah skang dh nk dekat kul 3 ni... ko ckp pn cm ngeri semacam saje..



::2.42am::